Monday, 14 May 2012

Kanak-kanak yang Gemilang...

zaman kanak2 memang pengalaman yg x dpt dilupakan.. tp zaman kanak2 lah zaman yg paling the best.. x de keje skolah, x de asignment, x payah pikir masalah, x yah pikir pasal duit, n nk ape je insyaAllah dapat... zaman kanak2 lah zaman yg x de masalah... alangkah indah kalo dpt kembali ke zaman kanak2...

aq punye zaman kanak2 mmg stylo milo... mase aq kanak2, aq x de rase malu.. aq x segan utk masuk pertandingan. meski pun pertandingan menari.. bila pikir balik, mmg klakar...

kalo mase kanak2 aq boleh berpikir mcm org dewase, aq akan hargai n manfaatkn zaman kanak2 aq seadanye... aq akan buat sume yg aq nk buat mase zaman kanak2... nk mintak mainan byk2..

pengalaman yg x bleh dilupakn mase zaman kanak2 ialah aq ngan rakan2 seperjuangan mandi sungai kat kampung, tp bile dh besar baru tawu sungai tu sebenarnye longkang besar... sebap mase tu air diye jernih.. hahaha....


Tuesday, 1 May 2012

KE TA WA

Didunia ni semua org pernah ketawa. dari kecik hinggalah dewasa pasti akan merasai ape itu ketawa. ketawa ini merupakan anugerah tuhan yg tidak ternilai dan sgt ajaib. jika difikirkn, manusia ni terdiri daripada pelbagai bangsa, bahasa malah agama. tetapi cara mereka ketawa sama sahaje.

jom kite bace beberape fakta menarik pasal ketawa:

  • ketawa boleh menyerlahkan emosi mereka ketika berbual
  • jika ketawa anda disambut, ini bermakna anda adalah sebahagian dari mereka.
  • ketawa boleh berjangkit
  • bayi mula ketawa sejak umur 17 hari
  • cara ketawa boleh terjadi dlm pelbagai bentuk malah boleh ditiru



ketawa dari segi kesihatan plak:
  • boleh menguatkan fungsi otot jantung
  • ketawa boleh menurunkan tekanan darah
  • menurunkan hormon stress
  • melancarkan perjalanan darah
  • menghasilkan perasaan sihat, segar dan bahagia

Bekas Paderi Peluk Islam

Sheikh Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Midwest, tempat kelahiran Yusuf Estes

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di  Miswest Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah di Midwest ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ. 

Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.

Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.

Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya kaji. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.

Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.

Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar untuk mendapat ketenangan fikiran.

Persoalan seperti; "Mengapa kita diciptakan Tuhan?", "Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?", "Siapa Tuhan sebenarnya?" dan "Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?" sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah 'misteri' dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.

Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.

"Prayer Tower" di Tulsa, Oklahoma

Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan Prayer Tower di Tulsa, Oklahama. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.

Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir. 

Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis 'Nabi Isa adalah Raja'. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.

Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, 'menyelamatkannya' .

Ketuhanan

Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.

Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.

Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.

Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu . Ini satu yang baru bagi saya. 

Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.

Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.

Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.

Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam.

#copy and paste (sebagai pengajaran buat kite semua)

Wednesday, 25 April 2012

K A W A N

Ape itu kawan?? ape plak makne kwn sejati?? kwn karib?? kwn sehidup semati?? best friend forever bff?? kwn mkn kwn?? kwn fb, twitter, blog?? byk betol jenis kwn kat dunia ni... tp, bg kite, adakah yg kite gelar kwn tu sebenarnye kwn bg kite?? mmg la senang nk cari kwn dlm dunia serba moden n canggih ni.. klik je.. keluarlah populasi manusia utk mencari kwn... kwn siber, itulah yg digelar bg masyarakat yg mempunyai kwn dlm laman sesawang... tp, adakah kwn siber mudah utk difahami seperti mana mudah utk dicari.? semuanye terpulang pada anda.. tepuk perut, tanye lapar ke x... hahaha... yg penting mempunyai kwn ni x salah dr sisi agama... korang sendiri yg membentuk rakan mcm mne yg korang nk...

housemate sejak dari sem 1
bg aq pulak, maksud kwn adalah org yg aq kenali... tp, kwn yg betol2 baik n boleh dipercayai  aq specifikkn sbg kwn baik... mmg r ramai je kwn2 aq yg baik2.. tp susah nk cari kwn2 yg betul2 boleh dipercayai. dunia sekarang ni, keluarga sendiri pun leh mkn darah daging sendiri.. apatah lagi kwn yg langsung x de ikatan ngan kita. so, kwn2 aq setakat ni semuanye baik2 n boleh dipercayai. so, aq kenalah hargai mereka sbg kwn...

kawan2 campus aq... kenangan terindah
bg aq, kwn yg betul2 baik ialah kwn yg selalu menegur aq x kira ape situasi sekali pun... aq lebih suke kwn aq yg jujur melemparkn pandangan dorang terhadap aq.. x kira r pandangan tu menyakitkn hati ke x. lebih baik berterus terang drp hipokrit... mmg r ramai kwn yg lebih suke mengambil sikap menjaga hati kwn, tp itu hipokrit namenye... cume care kita menegur tu memainkn peranan,. dan kite sbg kwn lak kene r belajar terima pandangan n bersifat terbuka.. kita sendiri yg menentukn sama ade teguran itu membina atau pun menjatuhkan... 

-wat lek wat peace-

Tuesday, 24 April 2012

Pengalaman Di Asrama

ASRAMA... Hurmm... byk cerita tersimpan di sebalik asrama... mane nk mule ek??? ok, aq mulakn mase aq di tahun junior... mula2 masuk tu mmg r takut2 n home sick r gak... tp lepas dh knal kwn n ade geng, bru r seronok.. tp yg x seronoknye ialah kene berdepan ngan senior yg "sentiase betol" n x leh melawan... tp tu mase orientasi je.. tp ade gak senior2 yg nakal n perangai tu diteruskn utk membuli... senior ni mase mula2 mmg menjengkelkn gak r.. tp kalo dh rapat n knal, ok je...

tahun senior aq mmg berkaler2... hahaha... sgt best...  mase senior ni la mase utk membalas dendam pd junior.. hahahaha.... aq x terkecuali... adat duduk asrama... kumpul pelajar junior n baling air dari atas blok. gune beg plastik... sgt seronok... buat jahat mesti r seronok walaupun x baik... hehehe.. benda dh lepas...

waktu prep lak adalah waktu yg paling membosankan... sume pelajar manfaatkn waktu ni utk bersembang bile warden x de... bg pelajar cemerlang mmg r study,.. tp bg yg  mcm aq, tepuk kepale ,tanye pening ke x? hahaha...

dalam dorm plak, nasib baik dpt kwn2 yg gila2.. contohnye dlm gmbar ni... aq telah dihimpap sehingga sesak nafas mase nk amik gambar.. rancangannye mmg r aq sorang je yg pose... tp, bdk2 dorm dtg n kaco aq... hahaha.... mmg sengal...  biar aq aq kenalkn geng2 aq kat korang.. dr bawah aq, fuad, fizi(merah) jamalul(putih), najib(biru) n hafiz izwan paling atas...

gambar ni pun budak2 dorm aq gak... gambar ni di snap waktu lepas prep... hahaha... kantoi aq bawak hp gi asrama...  hahaha.. badan budak ni terpakse digelapkn atas faktor2 tertentu... hehehe....

citer pasal asrama ni mmg x kn habis n kalo aq tulis takot jd novel lak... so, tu je yg aq leh share ngan korang... -_-

Monday, 23 April 2012

Zaman Sekolah

Zaman sekolah bermula di Sek Ren Keb Danau Kota.. Sekolah kat situ dari darjah satu smpai r graduate darjah 6.. hahaha... Sekolah rendah aq agak pemalu sket... tp my first day skolah x nangis ok... hahaha... bangge jap.. hehehe... mmg r ramai je yg x nangis.. tp aq adalah salah satu dr mereka yg x nangis.. hehehe....

Sekolah menengah pulak aq bersekolah di Sek Men Keb Danau Kota.... sekolah kat situ 2 tahun je... tp sempat r gak jd pengawas pusat sumber.... tujuan aq jd pengawas pusat sumber pun aq sendiri x tawu... hahaha.. maybe aq ni nmpak nerd n skema kot. hahaha.. (jujur habis dh ni)...

Mase pertengahan tingkatan 2, parent aq ajak pindah Rawang pulak... mula2 tu agak keberatan r gak nk pindah sbp dh biase ngan skolah tu n nk tinggal kwn2 lg... sedih gile kot... tp sbg anak aq turutkn je r... nk wat cm ne... so, bermula r kehidupan aq sbg student SMK Taman Desa (Rawang). sekolah ni aq x ramai sgt kwn baik. sebap aq kat skolah ni pun kejap je... lepas PMR, aq melangkahkn kaki aq ke sekolah teknik...

Sekolah Menengah Teknik Gerik/ SEMETRIK (Perak) itu r skolah aq... jauh kn aq merantau... hahaha.. mcm x caye je... mule2 tu teragak2 r jugak nk terima tawaran tu... sbp jauh ngan family... tp bile pikir balik nk timba pengalaman baru n duduk asrama, aq ikot je r...



adik2 ku yg tersayang....

ok, kalo korang sume dh knal parent aq, skunk aq nk knalkn adik beradik aq lak... aq anak sulung, so, aq  perkenalkn adik2 aq je la... hehehe,,.. adik aq yg pertame ni namenye Amyza Hazeeqa.. dia ni lahir 17 December 1998. dia ni anak perempuan tunggal. so, x heran la kalo dia ni manje ngan mak aq... kadang2 tu jeles r gak.. tp aq x kisah... yg penting mak ayah aq x membeza2kn anak2... diye ni paling nakal ngan aq... kuat melawak pun ade gak... hahaha.... memandangkn dia sorang je anak perempuan tunggal, aq fokus lebih kat dia...  

adik aq yg kedua ni plak, name dia Ahmad Zafry. tarikh lahir dia 29 June 2000. dia ni jenis cool je... dlm family die agak senyap sket kadang2... hehehe... kadang2 ade mase kalo die nk bising, bising gak umah... 

adik aq yg bongsu ni plak, namenye Amier Zaqwan.... die ni lak lahir 17 March 2006. dia ni lmbat sket nk pandai bercakap. so, sepanjang 5 tahun ni cakap perancis je la ngan diye.. hahaha....

x byk yg aq leh citer pasal adik aq... yg penting kite org hepi together.. hahaha...
<--- tgk r gambar gila2 adik2 aq... muehehehe....

my lovely parent...

Assalammualaikum, hi, name aq Amirul Hafeez. Sebelum aq perkenalkn diri aq, elok aq perkenalkn org yg telah melahirkn aq n menjage aq selame ni... hehehe... maybe ni kedengaran agak membosan kn. tp ku peduli hape nye pun adoi ter ber... tanpe dorang aq x de kat dunia, n x de r aq punye blog. 

name ayah aq or aq menggelarknnye abah, Mahmood Amir Hamzah Bin Rahim. abah aq ni lahir pd tanggal 23 January 1965. abah dilahirkan di Singapore. beliau anak sulung. mcm aq gak. hehehe... abah aq ni kalo lihat dari rupe paras, mcm cina kn? hahaha.. mmg keturunan abah berdarah cina. tgk r aq, hehehe ade mcm rupe cina x?? korean pun bleh gak.. hahaha... 

name Juliet abah aq ni pulak, Azizah Binti Ahmad. itu lah my mum... mak aq ni dilahirkn pd 14 June 1972.lahir kat Kuala Lumpur.  mak aq ni anak ke 5. mak aq ni tegas sikit dlm bab belajar. mmg anak2 takut bile kene soal pasal pelajaran. satu2nye pesanan mak aq yg melekat kat kepale aq ialah "abang kene jd contoh kat adik2 dr segi akhlak n pelajaran..." thanks mum, thanks dad....