Sheikh Yusuf Estes ialah
seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam
ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium
kepada umat manusia.Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang
pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.
Midwest, tempat kelahiran Yusuf Estes
Saya
dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian
di Miswest Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja
membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah di Midwest ini tetapi keturunan kami
juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.
Semasa
di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri
gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena,
Texas.
Pada
zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari
Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of
Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic,
Presbyterian dan banyak lagi.
Namun,
pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi,
Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya kaji.
Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.
Bagaimanapun,
saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal.
Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara
tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini
membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya
menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada
1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland
yang diberi nama Estes Music Studios.
Sepanjang
30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program
hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas,
Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun
sukar untuk mendapat ketenangan fikiran.
Persoalan
seperti; "Mengapa kita diciptakan Tuhan?", "Apakah yang Tuhan
mahu kita lakukan?", "Siapa Tuhan sebenarnya?" dan "Kenapa
kita percaya dengan dosa sebenar?" sering menghantui diri. Namun semua persoalan
ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau
itulah 'misteri' dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.
Suatu
hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam
mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai
bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa,
Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar
dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.
"Prayer Tower"
di Tulsa, Oklahoma
Ayah
saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program
sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri
saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu
pembinaan Prayer Tower di Tulsa, Oklahama. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset
ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.
Namun
pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh
saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa
lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan
pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka
tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan
menyembah kotak hitam di tengah padang
pasir.
Tidak!
saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan
mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya,
akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja,
membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis 'Nabi Isa
adalah Raja'. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan
itu.
Saya
terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah,
serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki
ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti,
orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya.
Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, 'menyelamatkannya' .
Ketuhanan
Saya
banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan
ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak
berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang
dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami
bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej
tentang agama kami.
Pada
suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah
dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di
rumah besar kami.
Pengenalan
pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan
kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika
Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan
Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.
Mengejutkan
saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama
Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu . Ini
satu yang baru bagi saya.
Semenjak
itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah
bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan
kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek
jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan
manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh
berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.
Pada
suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya
ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya
kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak
ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah
ataupun nyanyian.
Beberapa
hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini
mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati,
Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan
hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri
saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran
Islam.
Saya
terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk
waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada
detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya
membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun
akhirat.
Saya
ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud
mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari
itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik
ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini
seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.
Pukul 11 pagi hari itu, saya
mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan
Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu,
bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian
kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal
al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam.
#copy and paste (sebagai pengajaran buat kite semua)