Sunday, 24 March 2013

Bahagialah selagi MAMPU...

Kenapa kita dihidupkan. Kenapa kita diciptakan? Ye, setiap makhluk di dunia ni diciptakan bersebab. Cuma terkadang kita tak dapat mengenal pasti tujuan kita. Ada orang percaya pd tuhan, ada yang tidak. Jadi kepada kita yang mempercayai kewujudan tuhan, lagi-lagi muslim pasti percaya yang kita di hidupkan di muka bumi ini bersebab.

Pernah tak kita terfikir mengapa setiap individu itu diciptakan berbeza-beza? Ada lelaki, perempuan. Ada yang lembut, ada yang ganas. Ada yang kuat dan lemah. Tapi kenapa kita ni berbeza-beza? Kenapa golongan-golongan yang lemah ini selalu ditindas? Persoalannya.

Aku tergerak hati nak menulis pasal ni kerana aku mengalaminya sendiri di depan mata apabila golongan-golongan sebegini di permainkan di hina dan di persendakan. Wajarkah kita yang diciptakan tidak seperti mereka menghina golongan sedemikian? Adakah kalian sudah cukup hebat dan sempurna sehinggakan golongan seperti itu kalian hina?

Ingatlah wahai kalian, kita diciptakan oleh Allah swt di atas muka bumi atas tujuan yang sama, agama Islam yang sama, kiblat yang sama dan kitab yang sama. Mengapa harus dibeza-bezakan?

Walaupun individu tersebut buruk perangainya di mata kita, kita kena ingat, kita hanya mampu menegur, bukan menghina. Di samping menegur, haruslah disertakan doa dan niat yang betul. Jika niat kalian sendiri tak betul, bagaimana kalian nak membetulkan golongan-golongan yang bagi kalian tidak sempurna?

Ingatlah. Hidup ini singkat. Mungkin esok kita tak dapat melihat dunia lagi. Jadi apalah salahnya kita memanfaatkan masa yang singkat ini untuk berbaik dengan semua orang agar kita merasai kenikmatan bahagia berkawan dan bersahabat walaupun sedikit. Buruk bagaimanapun, kita tetap boleh bersahabat dengan sesiapa pun.

*seorang kawan yang baik sentiasa menegur silapnya. Bukan mengiakannya semata-mata nak menjaga hati…