Sunday, 24 March 2013

Bahagialah selagi MAMPU...

Kenapa kita dihidupkan. Kenapa kita diciptakan? Ye, setiap makhluk di dunia ni diciptakan bersebab. Cuma terkadang kita tak dapat mengenal pasti tujuan kita. Ada orang percaya pd tuhan, ada yang tidak. Jadi kepada kita yang mempercayai kewujudan tuhan, lagi-lagi muslim pasti percaya yang kita di hidupkan di muka bumi ini bersebab.

Pernah tak kita terfikir mengapa setiap individu itu diciptakan berbeza-beza? Ada lelaki, perempuan. Ada yang lembut, ada yang ganas. Ada yang kuat dan lemah. Tapi kenapa kita ni berbeza-beza? Kenapa golongan-golongan yang lemah ini selalu ditindas? Persoalannya.

Aku tergerak hati nak menulis pasal ni kerana aku mengalaminya sendiri di depan mata apabila golongan-golongan sebegini di permainkan di hina dan di persendakan. Wajarkah kita yang diciptakan tidak seperti mereka menghina golongan sedemikian? Adakah kalian sudah cukup hebat dan sempurna sehinggakan golongan seperti itu kalian hina?

Ingatlah wahai kalian, kita diciptakan oleh Allah swt di atas muka bumi atas tujuan yang sama, agama Islam yang sama, kiblat yang sama dan kitab yang sama. Mengapa harus dibeza-bezakan?

Walaupun individu tersebut buruk perangainya di mata kita, kita kena ingat, kita hanya mampu menegur, bukan menghina. Di samping menegur, haruslah disertakan doa dan niat yang betul. Jika niat kalian sendiri tak betul, bagaimana kalian nak membetulkan golongan-golongan yang bagi kalian tidak sempurna?

Ingatlah. Hidup ini singkat. Mungkin esok kita tak dapat melihat dunia lagi. Jadi apalah salahnya kita memanfaatkan masa yang singkat ini untuk berbaik dengan semua orang agar kita merasai kenikmatan bahagia berkawan dan bersahabat walaupun sedikit. Buruk bagaimanapun, kita tetap boleh bersahabat dengan sesiapa pun.

*seorang kawan yang baik sentiasa menegur silapnya. Bukan mengiakannya semata-mata nak menjaga hati… 

Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul


Salam sejahtera semua. Salam maulidur rasul. Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat keatas baginda Rasulullah s.a.w.. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berselawat keatas baginda. Bukan hanya pada maulidur rasul sahaja baru nk berselawat. Nasihat ni pun untuk aku jugak.

Sempena maulidur rasul ni, aq nak ajak korang muhasabah diri sikit tentang penghayatan Islam keatas diri kita. Mungkin di luar sana ramai Islam, tapi Islam bagaimanakah diri kita? Adakah Islam kita memenuhi tuntutan syariah? Atau sekadar Islam hanya atas sekeping ic?

Harus kita menekankan diri kita bahwa hidup di dunia ini hanya sementara. Dunia ni hanya persinggahan. Jadi, mengapa harus kita melanggar syariat-syariat yang telah ditetapkan dalam al-Quran? Aq juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan dosa. Tapi, tak salah bila kita mengetahui yang kita telah melakukan silap dan kembalilah pada jalan Allah swt.

Jadi, sempena maulidur rasul, marilah kita sama-sama mengahayati pengorbanan yang dilalui baginda dalam mengembangkan syiar Islam. Marilah kita sama2 perbaiki diri kita agar menjadi contoh kepada agama-agama lain di luar sana. Janganlah kita menghancurkan syiar Islam yang telah dibangun kan oleh baginda dengan perlakuan buruk kita yang semata-mata menuntut kehendak hawa nafsu.

Akhir kata, jadilah insan yang terbaik dikalangan yang terbaik agar kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat sana nanti. InsyaAllah..

-Nabi Muhammad contoh umat manusia yang terbaik-

Sunday, 20 January 2013

Wanita Idaman?!


Assalammualaikum semua. Post aq yang sebelum ni ade mengatakan yang aq nak cerita tentang wanita idaman. Hehehe. Best ke topic ni? X pe la. Yang penting hope korang enjoy dengan apa yang aq nak tulis ni.

Bercakap pasal wanita. Apa ek pandangan aq terhadap wanita? Hurm. Yang pasti, bagi aq, wanita ni adalah golongan yang harus dilindungi oleh kaum adam. Kerana mereka kaum yang lemah. Tapi pada zaman serba moden ni, susah nak cari wanita yang lemah lembut dan bepekerti mulia.

Aq x cakap semua wanita itu x bepekerti mulia. Cuma segelintir wanita je. Pisang setandan x semua nya busuk.

Bagi aq, wanita idaman aq haruslah mempunyai ciri-ciri yang seperti berikut. Pertama, haruslah wanita yang berpegang teguh pada jalan Allah swt. Aq nak mencari wanita yang boleh membimbing anak-anak aq dan boleh membimbing aq dikala aq tersalah jalan. Memang lah lelaki adalah imam bagi kaum wanita, tetapi aq juga manusia biasa yang x lari dari khilaf.

Kedua, haruslah ada package seorang suri rumah. Sebagai contoh, pandai memasak, pandai melayan suami dan lagi la. Sebap bagi aq, kita sebagai ibu bapa haruslah menjadi contoh pada anak-anak. Kita x boleh sewenang-wenang je meletakkan sesuatu urusan rumah tangga pada pembantu rumah sahaja.


Selebihnya, aq x kisah sangat. Aq bukanlah perfect untuk demand lebih2. Yang pasti, aq akan cuba untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan isteri aq. Hidup berumah tangga mestilah ada naik dan turunnya. Cuma walau dilanda badai dalam rumah tangga tu, janganlah cepat melatah dan haruslah berfikiran rasional.

-terima sesuatu dgn ikhlas semata2 kerana Allah swt-

Thursday, 17 January 2013

Oh Wanita!


Asslmmualaikum semua. Malam ni tiba-tiba aku jadi jiwang sikit. Aq nak buka topic pasal wanita atau lebih tepat lagi pandangan aq pasal wanita dan wanita macam mana yang aq minat utk dijadikan isteri.

Dunia yang serba moden dan canggih ni, tak mustahil utk mendapatkan wanita atau pasangan dengan mudah. Keletak keletuk je jari kat keyboard laptop, terus terpaparlah laman2 sesawang yang menawarkan untuk mencari atau menambah kenalan tak kira lelaki mahupun perempuan.

Nak mencari pasangan itu memang lah tersangat mudah. Tapi, nak mencari cinta itu belum pasti. Kerana, aq mempunyai masalah untuk senang jatuh hati pada perempuan. Bagi aq, selagi aq tak mempunyai perasaan cinta pada seseorang itu, teramatlah sukar bagi aq untuk meluah kan kata2 cinta terhadap perempuan itu.

Hal ini terjadi kerana prinsip yang aq pegang selama ini. Aq x kan maafkan diri aq bila aq memainkan peraaan perempuan.

Walaupun pendirian aq mcm tu, tapi still member2 gelar aq ni suka memainkan perasaan perempuan, player or apa2 lah. Niat aq hanya nk berkawan. Tak lebih dari itu. Then, bile dh kenal, if ada muncul perasaan cinta or sayang, barulah aq luahkan. Dan aq jenis yang suka berterus terang pada perempuan tu directly if aq mmg x ada perasaan sayang pun kat perempuan tu.

Memang lah bunyinya mcm kejam, tp bila difikirkan balik, kalau aq tak bagi jawapan, aq akan membuatkan perempuan itu menaruh harapan kat aq. Kalau aq terima pulak, demi menjaga hati perempuan tu, itu dinamakan hipokrit. Luar ckp lain, dlm hati ckp lain. So, walaupun kejam, tp berterus terang itu adalah jalan yang terbaik untuk aq.

Wahai gadis2 yang mungkin pernah aq sakitkan hati kerana menolak cinta kalian, aq mintak maaf. Aq tahu yg cinta kalian itu suci dan murni, tp hati aq masih belum memperoleh cinta kalian. Mungkin ada ynag lebih baik di luar sana untuk kalian.

Yang penting, kepada wanita2 di luar sana, berusaha lah menjadi individu or wanita yang dihormati oleh masyarakat, dan agama. Berusaha lah kearah menjdai muslimah yang sejati…

*untuk ciri2 wanita idaman aq, akan di update lain kali… sorry…

-wanita tu hiasan dunia, hiasan yang paling cantik ialah wanita yang soleha-

Wednesday, 16 January 2013

-C-I-N-T-A-


Hari ini aq nk cerita sikit pasal cinta. Pasti topic ni sangat menarik utk dibincangkan. Mungkin topic ni agak annoying pd org2 tertentu, tp de ku kisah. Hahaha.

Cinta. Korang paham x ape maksudnye cinta? Bila ditanya apakah maknanya cinta, kebanyakan dari kalian sendiri susah untuk mendefinasikan  apa maknanya cinta. Macam mana kalian boleh bercinta sedangkan cinta itu kalian sendiri x paham.

Ada orang ckp, cinta itu buta. Tak kenal mana intan, mana kaca. Ada pulak kata cinta itu seperti monyet. Kejap cinta, kejap tak. Terpulang la ape persepsi kalian tentang cinta. Kalian sendiri yang membentuk cinta hati korang utk masa depan korang. Lain orang, lain pendapat. Betol x?

Bagi aq pulak, cinta tu satu pengorbanan dimana seseorang tu sanggup bekorban demi melihat org yg disayangi. Cinta jugak mestilah diiringi dgn perasaan suka dan sayang. Kalau kita suke pd seseorang tu, x beerti kita syg. Dan kalau kita sayang pada seseorang tu, x semestinya kita cinta orang tu. Jadi, mesti ada keseimbangan diantara kedua-duanya.

Cinta juga x semestinya memiliki. Sebap x semua cinta itu dibalas dgn cinta. Kalau lah semua orang di muka bumi ini cintanya berbalas, alangkah indahnya dunia tanpa ada masalah malah jalan ceritanya akan jadi sama seperti yg dibaca pada novel-novel.
Always happy ending gitu…

Kita sebagai manusia lagi-lagi islam, kena percaya pada jodoh. Jodoh, ajal, pertemuan, rezeki semua rahsia Allah swt. Tak semua org akan dapat jodohnya di dunia. Mungkin dia akan dapat yang lebih baik di alam sana. Jadi, pada anak-anak muda, tak perlu la kelam kabut nak berkapel-kapel di usia yg masih setahun jagung. Jodoh anda belum pasti lagi dengan kapel anda.

Memang nk mendapatkan jodoh itu kena berusaha. Tapi usaha bagaimana kah menurut syariat islam? Adakah dengan berkapel2? Terpulang pada anda. Tepuk kepala, tanya pening ke tak. Yang penting, tuhan dah cakap, orang yang baik adalah untuk orang yang baik, orang yang tidak baik adalah untuk yang tidak baik. So, nk kan jodoh yang baik, berusahalah improve kan diri anda kearah kebaikan.

Terpulang lah pada korang nk describe aq ni jenis macam mana. Yang penting, bg aq, cinta tu mempunyai definasi yg tersendiri dan terpulang pada individu nak describe cinta itu bagaimana maksudnya.

-cinta Allah swt cinta yang hakiki-

Selamat Tahun Baru :-)

Hai, asslmmualaikum semua. Masih belum terlambat utk aq ucapkan selamat tahun baru. Tahun baru ni mmg tahun yg berkobar-kobar buat aq. Kenape ek? Sebap tahun baru mestilah dipenuhi dgn azam baru n semangat baru. Tp bg aq, azam tu, bila2 pun boleh. Tak perlu tunggu tahun baru baru nk ade azam. Cume bg aq, aq dh ade perancangan yg aq perlu capai bg tempoh tahun 2013.

Gambar Gambar Tahun Baru 2013
Permulaan tahun baru aq sgt kelakar bg aq. Pada tanggal 1 January 2013 (12:03am), aq diminta utk menyanyi di hadapan khalayak ramai. Memang la suara aq x sedap, tp ni sume permintaan org ramai, kerana kebetulan aq n family pergi ke majlis sambutan tahun baru di taman perumahan aq. So, nak x nak, aq terpaksa nyanyi. Lagi2 mak aq yg suruh. Hahaha.


So, kpd korang sume, aq harap, tahun 2013 ni adalah tahun yg terbaik utk korang. Hope semua azam korang tercapai n kite same2 menjadi yg lebih baik dr tahun2 yg lepas. Pd yg dh mmg baik tu, teruskn lah, jgn tetibe lak jd nakal pd tahun ni. Hehehe.

-jangan dilupa kelendar Islam- ^_^