Kenapa kita dihidupkan. Kenapa kita diciptakan? Ye, setiap
makhluk di dunia ni diciptakan bersebab. Cuma terkadang kita tak dapat mengenal
pasti tujuan kita. Ada orang percaya pd tuhan, ada yang tidak. Jadi kepada kita
yang mempercayai kewujudan tuhan, lagi-lagi muslim pasti percaya yang kita di
hidupkan di muka bumi ini bersebab.
Pernah tak kita terfikir mengapa setiap individu itu
diciptakan berbeza-beza? Ada lelaki, perempuan. Ada yang lembut, ada yang
ganas. Ada yang kuat dan lemah. Tapi kenapa kita ni berbeza-beza? Kenapa golongan-golongan
yang lemah ini selalu ditindas? Persoalannya.
Aku tergerak hati nak menulis pasal ni kerana aku
mengalaminya sendiri di depan mata apabila golongan-golongan sebegini di
permainkan di hina dan di persendakan. Wajarkah kita yang diciptakan tidak
seperti mereka menghina golongan sedemikian? Adakah kalian sudah cukup hebat
dan sempurna sehinggakan golongan seperti itu kalian hina?
Ingatlah wahai kalian, kita diciptakan oleh Allah swt di
atas muka bumi atas tujuan yang sama, agama Islam yang sama, kiblat yang sama
dan kitab yang sama. Mengapa harus dibeza-bezakan?
Walaupun individu tersebut buruk perangainya di mata kita,
kita kena ingat, kita hanya mampu menegur, bukan menghina. Di samping menegur,
haruslah disertakan doa dan niat yang betul. Jika niat kalian sendiri tak
betul, bagaimana kalian nak membetulkan golongan-golongan yang bagi kalian
tidak sempurna?
Ingatlah. Hidup ini singkat. Mungkin esok kita tak dapat
melihat dunia lagi. Jadi apalah salahnya kita memanfaatkan masa yang singkat
ini untuk berbaik dengan semua orang agar kita merasai kenikmatan bahagia
berkawan dan bersahabat walaupun sedikit. Buruk bagaimanapun, kita tetap boleh
bersahabat dengan sesiapa pun.
*seorang kawan yang baik sentiasa menegur silapnya. Bukan mengiakannya
semata-mata nak menjaga hati…
No comments:
Post a Comment