Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul


Salam sejahtera semua. Salam maulidur rasul. Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat keatas baginda Rasulullah s.a.w.. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berselawat keatas baginda. Bukan hanya pada maulidur rasul sahaja baru nk berselawat. Nasihat ni pun untuk aku jugak.

Sempena maulidur rasul ni, aq nak ajak korang muhasabah diri sikit tentang penghayatan Islam keatas diri kita. Mungkin di luar sana ramai Islam, tapi Islam bagaimanakah diri kita? Adakah Islam kita memenuhi tuntutan syariah? Atau sekadar Islam hanya atas sekeping ic?

Harus kita menekankan diri kita bahwa hidup di dunia ini hanya sementara. Dunia ni hanya persinggahan. Jadi, mengapa harus kita melanggar syariat-syariat yang telah ditetapkan dalam al-Quran? Aq juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan dosa. Tapi, tak salah bila kita mengetahui yang kita telah melakukan silap dan kembalilah pada jalan Allah swt.

Jadi, sempena maulidur rasul, marilah kita sama-sama mengahayati pengorbanan yang dilalui baginda dalam mengembangkan syiar Islam. Marilah kita sama2 perbaiki diri kita agar menjadi contoh kepada agama-agama lain di luar sana. Janganlah kita menghancurkan syiar Islam yang telah dibangun kan oleh baginda dengan perlakuan buruk kita yang semata-mata menuntut kehendak hawa nafsu.

Akhir kata, jadilah insan yang terbaik dikalangan yang terbaik agar kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat sana nanti. InsyaAllah..

-Nabi Muhammad contoh umat manusia yang terbaik-

No comments:

Post a Comment