Thursday, 17 January 2013

Oh Wanita!


Asslmmualaikum semua. Malam ni tiba-tiba aku jadi jiwang sikit. Aq nak buka topic pasal wanita atau lebih tepat lagi pandangan aq pasal wanita dan wanita macam mana yang aq minat utk dijadikan isteri.

Dunia yang serba moden dan canggih ni, tak mustahil utk mendapatkan wanita atau pasangan dengan mudah. Keletak keletuk je jari kat keyboard laptop, terus terpaparlah laman2 sesawang yang menawarkan untuk mencari atau menambah kenalan tak kira lelaki mahupun perempuan.

Nak mencari pasangan itu memang lah tersangat mudah. Tapi, nak mencari cinta itu belum pasti. Kerana, aq mempunyai masalah untuk senang jatuh hati pada perempuan. Bagi aq, selagi aq tak mempunyai perasaan cinta pada seseorang itu, teramatlah sukar bagi aq untuk meluah kan kata2 cinta terhadap perempuan itu.

Hal ini terjadi kerana prinsip yang aq pegang selama ini. Aq x kan maafkan diri aq bila aq memainkan peraaan perempuan.

Walaupun pendirian aq mcm tu, tapi still member2 gelar aq ni suka memainkan perasaan perempuan, player or apa2 lah. Niat aq hanya nk berkawan. Tak lebih dari itu. Then, bile dh kenal, if ada muncul perasaan cinta or sayang, barulah aq luahkan. Dan aq jenis yang suka berterus terang pada perempuan tu directly if aq mmg x ada perasaan sayang pun kat perempuan tu.

Memang lah bunyinya mcm kejam, tp bila difikirkan balik, kalau aq tak bagi jawapan, aq akan membuatkan perempuan itu menaruh harapan kat aq. Kalau aq terima pulak, demi menjaga hati perempuan tu, itu dinamakan hipokrit. Luar ckp lain, dlm hati ckp lain. So, walaupun kejam, tp berterus terang itu adalah jalan yang terbaik untuk aq.

Wahai gadis2 yang mungkin pernah aq sakitkan hati kerana menolak cinta kalian, aq mintak maaf. Aq tahu yg cinta kalian itu suci dan murni, tp hati aq masih belum memperoleh cinta kalian. Mungkin ada ynag lebih baik di luar sana untuk kalian.

Yang penting, kepada wanita2 di luar sana, berusaha lah menjadi individu or wanita yang dihormati oleh masyarakat, dan agama. Berusaha lah kearah menjdai muslimah yang sejati…

*untuk ciri2 wanita idaman aq, akan di update lain kali… sorry…

-wanita tu hiasan dunia, hiasan yang paling cantik ialah wanita yang soleha-

No comments:

Post a Comment