Assalammualaikum semua. Post aq yang sebelum ni ade
mengatakan yang aq nak cerita tentang wanita idaman. Hehehe. Best ke topic ni? X
pe la. Yang penting hope korang enjoy dengan apa yang aq nak tulis ni.
Bercakap pasal wanita. Apa ek pandangan aq terhadap wanita? Hurm.
Yang pasti, bagi aq, wanita ni adalah golongan yang harus dilindungi oleh kaum
adam. Kerana mereka kaum yang lemah. Tapi pada zaman serba moden ni, susah nak
cari wanita yang lemah lembut dan bepekerti mulia.
Aq x cakap semua wanita itu x bepekerti mulia. Cuma segelintir
wanita je. Pisang setandan x semua nya busuk.
Bagi aq, wanita idaman aq haruslah mempunyai ciri-ciri yang
seperti berikut. Pertama, haruslah wanita yang berpegang teguh pada jalan Allah
swt. Aq nak mencari wanita yang boleh membimbing anak-anak aq dan boleh
membimbing aq dikala aq tersalah jalan. Memang lah lelaki adalah imam bagi kaum
wanita, tetapi aq juga manusia biasa yang x lari dari khilaf.
Kedua, haruslah ada package seorang suri rumah. Sebagai contoh,
pandai memasak, pandai melayan suami dan lagi la. Sebap bagi aq, kita sebagai
ibu bapa haruslah menjadi contoh pada anak-anak. Kita x boleh sewenang-wenang
je meletakkan sesuatu urusan rumah tangga pada pembantu rumah sahaja.
Selebihnya, aq x kisah sangat. Aq bukanlah perfect untuk
demand lebih2. Yang pasti, aq akan cuba untuk menerima segala
kelebihan dan kekurangan isteri aq. Hidup berumah tangga mestilah ada naik dan
turunnya. Cuma walau dilanda badai dalam rumah tangga tu, janganlah cepat
melatah dan haruslah berfikiran rasional.
-terima sesuatu dgn ikhlas semata2 kerana Allah swt-
No comments:
Post a Comment